Monday, 5 March 2012

KaSiHmu SEhArUm KaStURi:)

dulu2 kalau kena tegur dgn orang
mulalah rasa tak sedap hati
rasa macam orang yg tegur tu tak suka dekat kitalah
kalau yg tegur tu orang yg kurang disukai pulak
mulalah syaitan menghasut

'alaaa. dia saja lah tu nak cari kesalahan kau. dia jeles dgn kau tu'

dan teguran2 tu dibiar begitu saja
yg teruk tak diubah, malah bertambah satu lagi titik hitam dalam hati
BURUK SANGKA DEKAT ORANG YG TEGUR TU

manusia kan?
memang macam tu

sekarang, selepas ditarbiyah
kalau kena tegur, mula2 rasa cuak, lepas tu rasa happy
pelik kan?
nak tahu kenapa?
sebab sekarang baru aku tau, sebenarnya teguran2 tu bukan dr 'orang yg tegur' tu
tapi  dr Allah [senyum]


cuba fikir, teguran2 tu semua untuk kebaikan kita kan?

ada orang tegur kita sebab kita pergi masjid?
kalau ada, tu teguran dari syaitan. so lepak.
tapi kalau teguran yg nak mengubah kita ke arah kebaikan sila jgn lepak
sila menari2 kegembiraan sbb Allah hantar orang yg tegur kita tu untuk kita supaya kita ada peluang untuk berubah dan sekaligus melayakkan diri kita melangkah setapak ke arah syurgaNya
 sweet tak Allah?

Allah sayang kita. sbb tu Allah tegur. Dia nak kita jadik penghuni syurgaNya..

LEpaS HuJAnKaN adE pELaNgI?:)

 
pelangi pom bolehh..:)
pintu kebahagiaan itu ada banyak. sbb di mana2 ada Allah. di mana ada Allah, di situ ada kebahagiaan. cuma bergantung pada kita macam mana nak bukak pintu tu. kalau satu pintu tertutup, pergilah try bukak pintu lain kan? tapi aku? aku rasa dah lama aku asyik merenung pintu yg tertutup tu. sampai berlambak2 pintu yg lg cantik terbukak depan mata pon aku buat tak peduli.
aku rasa dah tiba masanya untuk aku tinggalkan pintu yg tertutup tu. Allah kan sweet. mestilah ada pintu lain yg akan Dia bukak. Dia tunggu kita nak masuk jek.


setiap kali sedih, mesti aku panggil nama Allah. walaupun Dia tak pernah jawab, aku tahu Dia dengar dan tengah senyum tengok aku. aku tahu itu, dan aku yakin. dan itulah yg Allah kabulkan. Allah bg aku rasa yg Dia dekat.

'walaupun aku tak suka sedih, tapi sedih selalu berjaya bawa aku berjumpa Allah'

mungkin sekarang Allah turunkan hujan lebattt, kilat semata-mata untuk aku rasa dekat dgn Dia. walaupun hujan lebat, sampai banjir sekalipun, aku tahu Allah takkan pernah biarkan hambaNya tenggelam. dan satu hari nanti, bila hujan berhenti, aku yakin akan ada pelangi cantik menunggu aku.ALHAMDULILLAH..amin





Sunday, 4 March 2012

RaHsIA TaHi LaLaT (^_^)"

Dengan ucapan BISMILLAH..ehem3..Assalamualaikum dan salam 1malaysia..hikhik..
   ha..kawan2 nak dengor cter dop??nakk2..hihi..ha,dduk..saya cakap duduk...cter nye bermula macam ni..suatu petang di tasik upmkb, liza,yan dan ehem2 aku tengah mancing dekat titi..Nak pendakkan cerita,si liza ni duk perasaan yang dia ada TAHI LALATnya yang lawa.si yan pulak xpuas hati..masing2 nak cakap dye punye TAHI LALAT dia lawa..Tengah dorang bising2,aku pom mencelah,aku tanye la maksud tahi lalat yang dorang ade 2..terus senyap semua..hahaha..ha buat sahabat yang aku sayang ketat2 ni dan pembaca semua aku nak kongsi cikit rahsia tahi lalat dekat muka korang 2.,tapi jangan percaya sangat ni just nak suke2..ok..

|
|
|
|

Okay okay fokus.

Tahi lalat di tengah dahi: Macam yang orang Melayu percaya, kalau ada dua pusar di kepala, orangnya degil. The same applies to tahi lalat di tengah dahi. Orangnya degil juga. Tengah dahi je tau. Yang sipi-sipi dahi tuh takyah nak emo.

Tahi lalat di antara dua kening (bahagian nande'): Orang yang selalu tak berfikir bila ambil tindakan. Susah nak hidup bersama orang sebegini.

Tahi lalat atas kening: Susah nak berjaya secara kewangan kerana cara dia dibesarkan. INI TAKYAH PERCAYA. SUKA-SUKA HATI JE NAK CAKAP MACAM TUH. Kan boleh usaha dan tawakal :)

Tahi lalat tepi mata (ekor mata): Gentleman! Lemah-lembut dan dahulukan perempuan. Dan seksi. Dan dan. Okay ya Hanis semua tahu tahi lalat tepi mata seksi jangan nak gatal sangat.

Tahi lalat di kening (dalam kening, celah-celah bulu kening): Pandai, bijak dan artistik. Bertuah dalam soal kewangan. OKAY SEMUA CHECK BULU KENING MASING-MASING SEKARANG.

Tahi lalat di hidung: Tak kira di mana part of hidung pun, selalunya maksud tak berapa nak elok. Tapi sebab bukan boleh percaya sangat benda ini pun, so malas nak elaborate.

Tahi lalat di dagu: Sentiasa bergerak. Aktif.

Tahi lalat di bawah mata: Selalu risau tentang anak-anak. Hmm nak kena check nih, nenek ada tahi lalat bawah mata ke tak.

Tahi lalat di telinga: Berpendidikan, berakhlak mulia dan sangat bagus. Macam susah je kalau nak check semua calon isteri ada tahi lalat di telinga ke tak.

Rahsia dan maksud tahi lalat yang kelakar dan tak masuk akal. Haha mulanya taknak sertakan sekali. Tapi sangat tempting tahu!


Tahi lalat di bawah bibir/bawah mulut: Akan mati keracunan makanan. Baik korang makan kat rumah mulai sekarang. Order McDonald Delivery tak termasuk dalam 'makan kat rumah' eh.

Tahi lalat di antara mata dan kening atau kelopak mata: Selalu bergaduh dengan ahli keluarga. Bernasib malang dengan kewangan.

Tahi lalat di atas mulut (bahagian misai, tengah-tengah): Tidak akan dapat ramai anak lelaki atau menantu lelaki.

Tahi lalat di tepi bibir: Kalau seronok berpesta sangat, akan ditimpa malang. HA TAKOT TAKOT TAKOT.

Tahi lalat di garis anak rambut (hujung2 dahi): Harus berhati-hati apabila mengembara ke luar negara. Yang nak jadi pramugari pramugara pilot jadah tuh semua, delete application sekarang.

Tahi lalat di antara hidung dan mulut, tetapi sebelah kiri atau kanan, bukan tengah: Akan mempunyai masalah kaki dan harus berhati-hati selalu supaya tidak lemas. Jangan hantar anak anda pergi berenang dengan orang ini.



hahahaha..amacam sahabatku sekalian..ni je mampu nak kongsi dengan kalian semua..hehe..selamat membaca!!ASSALAMUALAIKUM....

Friday, 2 March 2012

jom pakat tra nasi dagang!!!

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum dan salam satu malaysia..ehem3..ni saye bukang mende,cume nok kabo ngan kongsi sikit je ngan pembaco seme..ni nok kabo bukang mende,,nok kabo perbezaan nasi dagang klate nga tranung..kalu nok tahu senang dooh nah,,kite pakat tengok lah kat nasi dye..kalu dagang tranung beras pulut nye wane putih,kalu klate wane beras pulut dye wane merah..


nasi dagang klate
nasi dagang tranung












ha ni la orang dok panggil nasi dagang..sedap sungguh..kalu x dok caye ce tra nok tahu..compem namboh 4 pinggan..hehe..jom la kite tgk resepi nye jgn duk reti makang jah..hahahh


                                             RESEPI NASI DAGANG
               (bajet ramai ckit.. hurrrmmm..dlm 25 0rg la..ramai ckit boleh makn..hahaha)


NASI DAGANG

BAHAN-BAHAN :

4 cawan beras nasi dagang
1 tin (400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang merah - dimayang
1 cm halia - hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

CARA-CARA :

Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.

Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.

Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.

Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.

Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.

Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.


kuah Gulai ikan tongkol@aya




gulai ikan aya @ tongkol

 
BAHAN-BAHAN :

2 ekor ikan tongkol-anggaran 1kg
3-4keping asam gelugor(keping)
1 sudu kecil garam
air secukupnya

Ikan disusun dalam bekas yang sesuai , asam keping disusun dicelah-celah ikan dan dalam perut ikan . Air dituang sedikit dalam mangkuk yang disusun ikan ni . Kukus ikan sehingga masak . Simpan air rebusan ikan ni untuk diguna masa masak kuah gulai nanti .

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH GULAI :

4-5 santan pekat
1 peket rempah gulai ikan tongkol
10 biji cili padi
2-3 biji cili merah/cili hijau - dibelah 2
3-4 biji timun kecil - buang empulur tengah n potong
1 sudu besar kerisik
1 sudu kecil belacan-dibakar
garam dan gula secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci lengkuas
1 inci halia
5 biji cili kering-direbus sampai lembut - kalau suka pedas tambah la lagi

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak.

2. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan , cili padi dan cili merah , asam gelugor , garam dan gula. Masukkan ikan tongkol tadi dan masak gulai hingga kuah pekat. Last sekali masukkan cili merah dan timun . Bila timun layu boleh la ditutup api dapur .



Acar mentah

acar timun untuk melazatkan lagi nasi dagang..haha
BAHAN-BAHAN :

Sebiji timun-dipotong
Sebiji carrot-dipotong
Sebiji bawang besar-dimayang nipis-nipis
1-2 biji cili merah - dipotong kecil-kecil
Garam , gula dan cuka secukupnya

CARA MEMASAK :

Gaulkan semua bahan sehingga cukup mesra .


kemudian hidanglah..selamat mencube(^_^)..guano gamok wei!!hahha





KELEBIHAN SURAH-SURAH AL QURAN

BISMILLAH(Dengan nama allah)
Barang sesiapa yang membaca sebanyak 21 kali ketika handak tidur,nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan,dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran ,dan daripada mati terkejut.Dan barang siapa membaca sebanyak 50kali di hadapan orang yang zalim,hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim.

SURAH AL-FATIHAH(Pembukaan)
Barangsipa membacanya sebanyak 41kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaan nya diperkenankan,jika sakit lekas sembuh dan nescya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barang siapa membaca 20kali sesudah fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh tuhan dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya rohaninya.

AYAT KURSI(Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekalinya selepas setiap sembahyang fardhu,nescaya terpelihara dari tipudaya syaitan.Dengan membacanya,seorang  yang miskin akan menjadi kaya,dan ketika hendak tidur nescaya terselamat dari kecurian,kebakarandan kekaraman.barangsiapa sentiasa membaca ayat kutsi,nescaya allah akan mengurniakan kepadanya ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.barangsiapa berwudhuk lalu membacanya sekali,nescaya allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan allah akan mendatangkan para malaikat menurut hurufnya seraya berdoa untuk si pembaca sehingga ke hari qiamat.

SURAH AL BAQARAH(sapi betina)
barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini(amanarrasulu)sebelum tidur,ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
untuk elak suami/isteri dan anak-anak bergaduh.(ayat 102)
menghentikan anjing menyalak(ayat 80-81 sebanyak10kali)

SURAH ALI IMRAM(keluarga imran)
brangsiapa mambaca tiga ayat yang pertama dari surah ini,nescaya akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA'(Perempuan)
barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini,nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH(hidangan)
barangsiapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini,sebanyak yang mungkin selama 3hari berturut-turut,insya allah akan terselamat dari was-was semasa wudhuk dan sembahyang.barangsiapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

hmmm..penat la nak salin panjang2..nak tahu lebih banyak lagi beli la buku nye..tajuk ubat doa &penyembuhan..murah jer..gune baucer 1 malaysia pom bole..hehe..